suria

Influencer terkenal ditemukan mati dalam rumah... Satu bandaraya berkabung 3 hari

Fernanda Maroca ditemukan meninggal dunia pada 23 Oktober lalu.

BERITA kematian pempengaruh kecergasan dan ahli politik, Fernanda Maroca pada Khamis, 23 Oktober lalu mengejutkan ramai.

Mayat Fernanda, 30, ditemukan oleh ahli keluarga di kediamannya di Lago Verde, São Luís, Brazil.

Polis kini membuka siasatan bagi mencari punca kematian mengejut wanita itu.

Kali terakhir dia memuat naik hantaran di Instagram pada 12 Oktober lalu.

Selain meraih populariti sebagai pempengaruh kecergasan, Fernanda juga merupakan seorang penjawat awam yang dihormati.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer ditahan, ketuai rangkaian pengedaran dadah di dua negeri

Dia berkhidmat sebagai ahli majlis di Lago Verde dan dua kali menjadi presiden Majlis Bandaraya.

Sebagai ahli parti Progressistas, dia pertama kali dipilih pada 2020 dan memimpin majlis itu dari 2021 hingga 2022, dan sekali lagi dari 2022 hingga 2024. 

Susulan kematian itu, pegawai bandaraya mengisytiharkan tiga hari berkabung bagi menghormati kematiannyannya.

"Sebagai figura yang menonjol dan dihormati dalam komuniti kami, Fernanda mendedikasikan hidupnya untuk perkhidmatan awam.

"Sebagai pengiktirafan terhadap perjalanan politik dan sumbangannya kepada perbandaran, kami mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama tiga hari di seluruh wilayah Lago Verde," ujar jurucakap majlis  dalam satu kenyataan. -Agensi

Artikel Lain