suria

Mengejutkan! Anjing terbiar bertukar warna biru

Antara anjing yang terbiar di kawasan Chernobyl.

CHERNOBYL, sebuah bandar di utara Ukraine kembali mencuri tumpuan dunia selepas rakaman video menunjukkan beberapa ekor anjing di kawasan itu bertukar warna menjadi biru.

Bandar ini terkenal kerana bencana loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986, yang mengakibatkan pencemaran radioaktif teruk.

Sejak itu, kawasan sekelilingnya menjadi zon larangan yang menjadi rumah kepada kira-kira 700 ekor anjing jalanan.

Rakaman video terbaharu itu memaparkan tiga ekor anjing yang bulunya bertukar menjadi biru, termasuk seekor anak anjing yang ditemui tanpa penjelasan bagaimana warnanya boleh berubah secara drastik.

Pasukan Dogs of Chernobyl, yang bekerjasama dengan pasukan Clean Futures Fund, sedang berusaha menangkap anjing-anjing ini untuk tujuan pemandulan dan pemeriksaan kesihatan.

“Kami tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku. Penduduk tempatan bertanya mengapa anjing itu berwarna biru sedangkan minggu lalu ia tidak begitu?

"Kemungkinan besar anjing-anjing itu sudah  terkena sejenis bahan kimia, tetapi buat masa ini, kami masih belum berjaya menangkap untuk pemeriksaan," demikian menurut jurucakap Dogs of Chernobyl. -Agensi

Artikel Lain