suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Kecoh buih hitam misteri berterbangan di kawasan sawah padi, bau menyengat macam najis

Tangkap layar video tular di TikTok.

VIDEO memaparkan buih-buih hitam [Tonton Video] yang berterbangan dan jatuh di kawasan sawah padi kecoh menjadi bualan warga maya.

Menurut pemilik TikTok Rayya Hawari, video itu dirakam pada Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku di Patokbeusi, Jawa Barat, Indonesia.

Selain kawasan sawah padi, buih-buih misteri itu turut berterbangan dan jatuh di kawasan penempatan penduduk.

Menurut saksi lagi, buih-buih itu mengeluarkan bau menyengat yang disamakan dengan najis.

Kemunculan buih berkenaan menimbulkan andaian bahawa ia mungkin sisa buangan kilang yang diterbangkan angin.

Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar Kabupaten Subang mengenai punca dan asal usul gumpalan buih tersebut.

Artikel Lain