suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa seronok bercuti di Macau, anak usia 12 tahun maut jatuh apartment

Mayat mangsa ditemukan di atas podium pangsapuri.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari kediaman jenis pangsapuri di Tsing Yi, China, pada Sabtu malam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.59 malam ketika dia tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapanya dipercayai berada di Macau untuk bercuti.

Menurut polis, mayat mangsa ditemukan di aras podium oleh orang awam.

Pasukan polis dan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. 

Hasil siasatan awal mendapati tiada nota bunuh diri ditemui, dan polis percaya mangsa terjatuh dari salah satu unit kediaman di bangunan berkenaan.

Susulan kejadian itu, ibu dan bapa mangsa, masing-masing berusia 42 dan 44 tahun, ditahan atas dakwaan mendera atau mengabaikan kanak-kanak. 

Ia berikutan mereka berada di Macau pada hujung minggu dan dipercayai meninggalkan kanak-kanak berkenaan tanpa pengawasan.

Pasangan terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan.

Kes diklasifikasikan sebagai jatuh dari tempat tinggi serta penderaan atau pengabaian kanak-kanak.

Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa. -Agensi

Artikel Lain