suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Penduduk usung jenazah guna buluh dalam laluan berlumpur sepanjang 5km

Orang kampung mengusung jenazah menggunakan buluh.

PENDUDUK di sebuah kampung terpaksa mengusung jenazah menggunakan batang buluh dan kain sejauh lima kilometer (km) selepas jalan ke kampung mereka tidak dapat dilalui kenderaan empat roda.

Insiden menyayat hati itu tular di media sosial [Tonton Video] yang memaparkan puluhan penduduk bergotong-royong mengusung jenazah melalui jalan berlumpur selepas hujan lebat.

Menurut ketua kampung, kejadian berlaku pada Khamis dan kawasan berkenaan adalah jalan bertanah yang licin serta berlumpur setiap kali hujan.

“Ketika itu, penduduk membawa jenazah Abdul Majid kerana jalan di kawasan itu belum boleh dilalui kenderaan empat roda.

“Setiap kali hujan, permukaan jalan berubah menjadi lumpur tebal. Penduduk terpaksa bergotong-royong membawa jenazah dengan berjalan kaki," kata Kepala Dinas Komunikasi dan Informatika Kabupaten Asahan, Jutawan Sinaga.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Sei Sembilang, Kecamatan Sei Kepayang Timur, Kabupaten Asahan di Indonesia.

Dia menjelaskan, buat masa ini hanya motosikal yang mampu melalui laluan tersebut kerana tiada kerja penurapan dilakukan lagi.

Allahyarham Abdul Majid  sebelum ini dirawat di hospital dan dihantar dengan ambulans hanya sampai ke hujung jalan yang rosak, sebelum penduduk kampung mengambil alih untuk mengusungnya ke rumah.-Agensi

 

Artikel Lain