suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya berselang 30 minit, dua pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut China Selatan

Sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di perairan Laut China Selatan. -Foto The Mirror

DUA pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas dalam dua insiden berasingan pada Ahad ketika menjalankan operasi rutin di Laut China Selatan.

Menurut Armada Pasifik Tentera Laut AS, insiden pertama berlaku pada pukul 2.45 petang waktu tempatan melibatkan sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang ditugaskan kepada skuadron 'Battle Cats' Helikopter Maritim (HSM) 73 dari kapal pengangkut pesawat USS Nimitz (CVN 68).

Jurucakap tentera mengesahkan semua tiga anak kapal berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang ditugaskan kepada Kumpulan Helikopter Pengangkut 11.

Hanya 30 minit kemudian, pada pukul 3.15 petang, sebuah lagi pesawat F/A-18F Super Hornet dari skuadron 'Fighting Redcocks' Strike Fighter (VFA) 22 turut terhempas semasa operasi rutin dari kapal yang sama. 

Kedua-dua anak kapal juga berjaya meloloskan diri sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.

"Semua anggota terlibat kini berada dalam keadaan selamat dan stabil," kata Tentera Laut AS dalam satu kenyataan di platform X.

Tambahnya, punca kedua-dua nahas masih dalam siasatan. -Agensi

Artikel Lain