suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa jam lepas putus cinta, pemuda bakar rumah kekasih! Kecewa hubungan berakhir lepas 8 bulan

Suspek ditahan bagi membantu siasatan. -Gambar hiasan

PERASAAN sedih dan kecewa mendorong seorang lelaki yang baru putus cinta, membakar rumah bekas kekasihnya.

Kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku di Ciganjur, Jakarta Selatan di Indonesia pada pukul 3 pagi, 17 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Jagakarsa, Pesuruhjaya Polis Nurma Dewi, suspek berusia 23 tahun bertindak membakar rumah mangsa kerana dibelenggu perasaan kecewa.

Malah katanya, suspek dan bekas kekasihnya turut bertengkar pada hari kejadian selepas hubungan percintaan diputuskan.

"Kedua-dua mereka bercinta selama lapan bulan.

"Susulan pergaduhan mulut yang berlaku, suspek membeli petrol dan kemudiannya bertindak membakar rumah mangsa," ujarnya pada Selasa.

Tambah Nurma, semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di dalam rumah berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan.

Susulan itu suspek kemudiannya ditahan kira-kira pukul 7 pagi bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain