suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja mat rempit bertempiaran digertak dengan senapang! Pemburu burung hilang sabar dengar bunyi bising motosikal

Lelaki memegang senapang ke arah sekumpulan remaja bermotosikal membiuat bising.

TINDAKAN sekumpulan remaja bermotosikal membuat bising pada awal pagi mengundang rasa kurang senang pemburu.

Susulan itu individu berkenaan menggunakan senapang angin miliknya untuk menyuraikan mereka.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.45 pagi pada Ahad ketika lelaki berkenaan baru selesai memburu burung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja terbabit yang berkeliaran dan membuat bising.

Berdasarkan video yang tular, lelaki berkenaan dilihat memegang senapang angin sambil menjerit ke arah remaja-remaja itu.

Tindakan spontan itu menyebabkan kumpulan tersebut segera melarikan diri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Raya Semplak-Rancabungur, daerah Kemang, Bogor di Indonesia.

Ketua Polis Kemang, Komisioner M. Taufik mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa lelaki dalam video tersebut adalah pemburu burung.

“Dia baru selesai memburu dan ketika dalam perjalanan pulang, dia ternampak sekumpulan remaja bermotosikal yang dipercayai mengganggu kawasan sekitar,” katanya.

Taufik turut mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan kumpulan remaja itu terus bersurai selepas kejadian.

Insiden ini mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan netizen menyuarakan kebimbangan terhadap gelagat remaja bermotosikal yang kerap mengganggu ketenteraman, terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Pihak polis dijangka terus meningkatkan rondaan di kawasan berisiko bagi mengawal keadaan. -Agensi

Artikel Lain