suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakitangan sekolah meninggal dunia, rebah selepas pelajar perempuan tendang dada ketika cuba lari dari asrama

Pelajar yang bermasalah perlu ditempatkan di pusat pemulihan yang betul. -Gambar hiasan

SEORANG kakitangan sekolah meninggal dunia selepas didakwa ditendang di dada oleh pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Menurut laporan polis, Amy Morrell, 53, diserang pelajar yang cuba meninggalkan asrama tanpa kebenaran sekitar pukul 6.55 petang pada Rabu, 15 Oktober lalu.

Morrell sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh rakan sekerjanya sebelum dibawa ke hospital, namun wanita itu meninggal dunia keesokan harinya.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Meadowridge Academy di Swansea, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Bristol County, pelajar itu dihadapkan ke Mahkamah Remaja Fall River pada pagi Khamis untuk proses pendakwaan.

Morrell merupakan kakitangan penjagaan langsung di akademi tersebut.

Meadowridge Academy menyediakan 'rawatan menyeluruh' untuk individu berumur antara 12 hingga 21 tahun yang menghadapi cabaran kesihatan mental dan tingkah laku, menurut laman web akademi itu. -Agensi

Artikel Lain