suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki putih mata, motosikal lesap dilarikan pelanggan ketika ‘test ride’

Pembeli lazimnya melakukan pandu uji sebelum membeli kenderaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki mengalami kerugian selepas motosikalnya dilarikan individu yang berpura-pura melakukan pandu uji semasa proses jual beli pada Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tanah Sareal, Kota Bagor di Jakarta, Indonesia.

Berdasarkan laporan, mangsa pada awalnya mempromosikan motosikal miliknya di media sosial sebelum bersetuju bertemu dengan suspek bagi tujuan penjualan.

Selepas bertemu, suspek berpura-pura tertarik pada motosikal berkenaan dan menyatakan hasrat untuk memandu uji.

Ketika mencubanya, suspek didakwa terus melarikan motosikal tersebut.

Situasi yang berlaku membuatkan mangsa cuba mengesan suspek menggunakan nombor pendaftaran motosikal yang ditinggalkan di rumahnya.

Namun malangnya, data kenderaan yang diperoleh tidak sepadan dengan maklumat nombor pendaftaran.

Dalam pada itu, Ketua Polis Tanah Sareal, Pesuruhjaya Doddy Rosjadi, berkata, pihaknya akan melawat tempat kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain