suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bukan biasa-biasa… Pengantin hampir ‘tenggelam’ dalam kalungan wang kertas pemberian tetamu!

Tular pasangan pengantin 'diselimuti' kalungan wang tunai.

RAKAMAN video memaparkan pasangan mempelai 'diselimuti' wang tunai mengundang perhatian warga maya.

Lebih mengejutkan apabila mata wang dollar Amerika turut kelihatan bersama longgokan wang berkenaan.

Majlis perkahwinan itu dilaporkan berlaku di Madura, Indonesia pada 21 Ogos lalu namun videonya baru sahaja tular.

Berdasarkan video perkongsian @subaidialvaro, hanya kepala pengantin yang kelihatan selepas wang tunai berkenaan dililit seperti kalung pada tubuh mereka.

Malah, dalam video berdurasi 20 saat itu juga, seorang tetamu dilihat berdiri di atas pelamin dan cuba meletakkan 'kalungan duit' pada pengantin.

Kelainan yang ditonjolkan itu membuatkan video berkenaan ditonton lebih dari 320,000 kali.

Warga maya juga tidak ketinggalan memberi komen dengan kebanyakannya mempersoalkan sama ada duit tersebut bakal dimiliki sepenuhnya oleh pengantin atau perlu dibahagikan kepada ahli keluarga.

"Itu semua diberikan kepada pengantin atau dibahagikan bersama ibu mentuanya?

"Sumbangan tu perlu diganti semula atau tidak? 

"Mata wang dollar Amerika pun ada," demikian reaksi netizen. -Agensi

Artikel Lain