DIUNGKIT tidak membayar hutang makan menjadi punca seorang remaja lelaki membunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Menurut polis, suspek berusia yang 16 tahun itu dipercayai menyimpan dendam terhadap ibu mangsa yang juga pemilik gerai makanan kerana menuntut hutang daripadanya.
“Suspek berdendam kerana ibu mangsa menegurnya tentang hutang makanan yang tidak dibayar sebanyak dua kali.
"Apabila diminta untuk melunaskan bayaran, dia enggan," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, Komisioner Onkoseno Gradiarso Sukahar pada Ahad.
Kejadian dilaporkan berlaku di Cilincing, Jakarta Utara di Indonesia pada 13 Oktober lalu.
Onkoseno menjelaskan bahawa suspek merancang pembunuhan itu lebih awal dan melakukannya ketika mangsa melalui kawasan berhampiran rumahnya.
“Kejadian tidak dirancang secara terperinci, tetapi kebetulan mangsa sedang bermain bersama rakan-rakan di sekitar rumah suspek.
"Suspek kemudian memanggil dan menghalang rakan-rakan mangsa daripada mendekati,” katanya.
Selepas membunuh dengan menjerut leher mangsa dengan kabel, suspek dipercayai turut merogol mayat mangsa.
Dalam siasatan kes ini, polis memanggil enam saksi untuk memberi keterangan.
Suspek kini ditempatkan di lokasi perlindungan khas memandangkan statusnya sebagai anak berkonflik dengan undang-undang (ABH). -Agensi


