suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat kargo terbabas dari landasan, dua maut akibat dirempuh

Pesawat kargo terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Hong Kong pada Isnin. -Reuters

SEBUAH pesawat kargo terbabas dari landasan dan terjunam ke laut ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong awal pagi Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi (waktu tempatan) itu melibatkan pesawat Boeing 747 yang dilihat separuh tenggelam berhampiran benteng laut lapangan terbang berkenaan.

Pesawat milik syarikat AirACT dari Dubai itu dilaporkan mengalami kerosakan teruk dengan bahagian hidung dan ekor terpisah.

Menurut kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong (CAD), empat kru yang berada di dalam pesawat berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, dua kakitangan darat lapangan terbang maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka di kawasan landasan utara dirempuh pesawat berkenaan ketika insiden berlaku.

Lapangan terbang tersebut mengesahkan landasan utara ditutup susulan kejadian itu, manakala dua lagi landasan di bahagian selatan dan tengah masih beroperasi seperti biasa.

Menurut Emirates, penerbangan EK9788 yang terlibat kemalangan itu merupakan pesawat Boeing 747 kargo yang disewa (wet-leased) dan dikendalikan oleh ACT Airlines. -News.Sky

Artikel Lain