suria

[V] Tak cukup kereta Honda, pengantin perempuan dapat juga emas 15 gram... Tapi majlis kahwin ‘FYP’ gara-gara mempelai lelaki

Kereta tersebut dibawa memasuki perkarangan rumah pengantin.

HANTARAN dan mas kahwin mewah seolah-olah menjadi trend masyarakat masa kini.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah kereta jenis Honda Brio berwarna kuning dibawa menggunakan trak tunda ke sebuah rumah pengantin di Demak, Jawa Tengah, Indonesia.

Berdasarkan video yang dikongsikan jurusolek pengantin @novita_make.up, kereta tersebut diikat dengan reben berwarna kuning keemasan.

Beberapa tetamu yang hadir kelihatan terkejut dan turut merakam video kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, kereta itu bukanlah topik utama yang diketengahkan warga maya.

Sebaliknya mereka memberi fokus pada wajah pengantin lelaki yang turut keluar bersama pasangannya ketika kereta terbabit memasuki perkarangan rumah.

Ada yang menyatakan reaksi pengantin lelaki seolah-olah pasrah dengan pemberian mas kahwin tersebut.

"Tersalah fokus pada muka pengantin lelaki tu.

"Nikah mewah, habis nikah kena fikir bayar hutang.

"Kenapa wajah lelaki ada aura sedih? Semoga rezekinya melimpah ruah," demikian reaksi netizen.

Terdahulu, jurusolek yang dikenali sebagai Novita Kumalasari menyatakan majlis tersebut berlangsung pada 27 September lalu.

Menurutnya, selain kereta, mas kahwin yang diberikan pengantin lelaki adalah satu set kelengkapan solat, wang tunai sebanyak 10 juta rupiah (RM2,547), barang kemas seberat 15 gram.

Hingga kini video berkenaan meraih lebih 2.5 juta tontonan di TikTok. -Agensi

Artikel Lain