suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tetak abang ipar guna kapak hingga maut... Hilang sabar tengok kakak jadi mangsa keganasan rumah tangga

Suspek ditahan polis ketika masih memegang kapak.

AKIBAT terlalu sedih melihat kakak kandung sentiasa menjadi mangsa keganasan rumah tangga, seorang lelaki menetak abang iparnya menggunakan kapak.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Wilayah Buriram, Thailand pada 11 Oktober lalu.

Berdasarkan laporan, suspek, 58 tahun, pada awalnya cuba membantu kakaknya selepas mendengar wanita berusia 61 tahun itu menjerit meminta tolong dari dalam rumah.

Selepas meluru masuk, suspek mendakwa melihat kakaknya dipukul beberapa kali oleh mangsa yang berada dalam keadaan mabuk.

Malah suspek juga mendakwa mangsa cuba menyerangnya.

Bimbang perkara buruk berlaku, dia kemudiannya mencapai kapak dan memukul dahi mangsa.

Susulan tindakannya itu, mangsa yang berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek yang masih berada di lokasi sambil memegang senjata, kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain