suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu hadiahkan pelajar Tingkatan 2 telefon... Helah jahat hantar video tak senonoh!

Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pelajar. -Gambar hiasan

SEORANG guru sekolah ditahan polis pada Selasa selepas disyaki mencabul pelajar perempuan dengan menghantar kandungan lucah serta mengugut mangsa.

Menurut polis, guru lelaki berusia 34 tahun terbabit mengajar di sekolah sama dengan mangsa yang belajar di tingkatan dua serta turut menjadi tutor peribadinya di rumah.

Kejadian terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada Ahad, mendakwa suspek melakukan gangguan seksual terhadap anaknya dengan menyentuh secara tidak senonoh dan membuat kelakuan lucah.

Polis turut mendedahkan guru berkenaan bertindak mengganggu mangsa selama hampir dua bulan dalam kejadian di Agra, India.

Pegawai penyiasat, ACP Imran Ahmed berkata, siasatan mendapati guru terbabit memberikan telefon bimbit kepada mangsa sebagai habuan.

Walau bagaimanapun suspek bertindak menghantar video serta gambar lucah ke telefon berkenaan sambil meminta kandungan serupa daripadanya.

“Apabila mangsa enggan menuruti kehendaknya, suspek mengugut untuk menculik dan mencederakan ibu bapanya serta mengarahkannya supaya berdiam diri,” katanya.

Bertindak atas maklumat awam, suspek berjaya ditahan di kawasan Madhunagar Crossing pada Selasa. 

Siasatan lanjut turut mengesahkan kandungan perbualan di telefon bimbit antara suspek dan mangsa.

Guru berkenaan kemudian dihadapkan ke mahkamah dan diperintahkan menjalani tahanan kehakiman. -Agensi

 

 

Artikel Lain