suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minat isteri orang, lelaki jadikan budak 4 tahun tebusan... Paksa ibu mangsa terima lamaran kahwin

Hukuman berat menanti jika didapati bersalah menculik kanak-kanak. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas menculik budak lelaki semata-mata untuk memaksa ibu mangsa berkahwin dengannya.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada Isnin di sebuah stesen kereta api dalam tempoh lapan jam selepas kejadian.

Mangsa berusia empat tahun berjaya diselamatkan dengan baik.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Sudhakar Singh, berasal dari daerah Ayodhya, Uttar Pradesh di India.

Siasatan mendapati, ibu mangsa berkenalan dengan suspek melalui Instagram kira-kira setahun lalu.

Suspek sebelum ini pernah mengugut akan menculik anak wanita itu jika dia enggan bersamanya.

Pada hari kejadian, suami wanita tersebut sempat melihat suspek berhampiran rumah mereka sekitar pukul 1 tengah hari.

Namun, lelaki itu melarikan diri dan beberapa jam kemudian, isterinya menghubungi untuk memaklumkan bahawa anak mereka diculik ketika bermain di luar rumah.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 317(2) dan 140 Bharatiya Nyay Sanhita (BNS).

Polis berkata, suspek merancang untuk membawa kanak-kanak itu pulang ke kampungnya bagi memaksa ibu mangsa menerima lamaran perkahwinan. -Agensi

 

 

 

Artikel Lain