SEORANG pelajar tahun pertama koma akibat dipukul dalam satu insiden ketika minggu orientasi di sebuah universiti pada minggu lalu.
Mangsa berusia 23 tahun dari fakulti kejuruteraan dan seni bina dilaporkan dipukul oleh empat pelajar senior di dalam gudang di universiti tersebut pada 7 Oktober lepas.
Menurut bapa mangsa yang dikenali sebagai Khom, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas jantungnya terhenti, namun berjaya diselamatkan oleh doktor.
Walau bagaimanapun, anaknya kekal tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius di dada, lengan dan otak, serta cecair keluar daripada paru-paru.
Pihak universiti memaklumkan kepada keluarga bahawa mangsa mungkin dipukul dua kali pada hari kejadian kerana gagal membalas mesej dalam aplikasi Line.
Kejadian membabitkan mangsa itu berlaku di Universiti Teknologi Rajamangala Tawan-ok (RMUTTO) di Bangkok, Thailand.
Polis Metropolitan Bangkok mengesahakn empat pelajar terbabit telah ditahan, dengan seorang daripadanya mengaku menendang kepala mangsa. -Agensi


