suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tekap anak tiri guna seterika panas! Bapa terkejut tengok beberapa bahagian kulit tertanggal

Penyalahgunaan seterika boleh mengakibatkan kecederaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan seterika elektrik untuk menderakan anak tirinya hingga melecur.

Menurut laporan polis, kejadian itu disedari selepas bapa mangsa menerima panggilan daripada jiran mereka sekitar pukul 1.30 pagi memaklumkan terdengar tangisan kuat kanak-kanak dari rumahnya.

Apabila pulang, lelaki itu mendapati anak perempuannya berusia lima tahun dalam keadaan kesakitan dengan kesan melecur pada kaki dan beberapa bahagian kulit tertanggal.

Kanak-kanak itu kemudian memberitahu bahawa ibu tirinya berusia lingkungan 30-an yang menyebabkan kecederaan tersebut.

Lelaki itu segera membawa anaknya ke Hospital Lok Nayak Jai Prakash di Delhi, India untuk rawatan kecemasan susulan kejadian pada Ahad lalu.

Dalam laporannya kepada polis, dia mendakwa isterinya telah lama menderakan dan menyeksa anaknya sejak mereka berkahwin.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 118 Kanun Jenayah India (BNS) kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 75 Akta Keadilan Juvenil. 

Polis turut menyoal siasat suspek berhubung kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain