suria

Mulut terbuka, tangan genggam pengering rambut... Nenek terkejut jumpa mayat cucu 10 tahun terkena renjatan elektrik

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sambil tangan kanannya menggenggam pengering rambut. -Foto KhaoSod

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dipercayai meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan pengering rambut.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Nong Teng, wilayah Buriram, Thailand, dengan pengering rambut itu digenggam erat di tangan kanannya.

Menurut nenek mangsa, Kaewnapa, 48, dia sedang duduk di hadapan rumah ketika kejadian berlaku pada Sabtu lalu sementara ibu bapa kanak-kanak itu keluar bekerja.

“Apabila saya masuk ke dalam rumah, dia sudah terbaring dengan mulut terbuka sambil memegang pengering rambut yang masih bersambung ke soket.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa kena renjatan elektrik sebelum ambil tiket parkir... Rasa kebas sampai kepala sebelum pengsan di pejabat!

"Saya terus cabut plag, tapi dia sudah tidak bernafas,” katanya dalam keadaan sebak.

Pasukan kecemasan yang tiba selepas dihubungi melalui talian 1669 mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan melecur pada tangan kanan mangsa yang dipercayai berpunca daripada renjatan elektrik.

Difahamkan, pengering rambut berkenaan dibeli secara dalam talian oleh ibu mangsa beberapa tahun lalu.

Mangsa dipercayai mahu menggunakan pengering rambut itu selepas dia selesai mandi. -Agensi

 

Artikel Lain