suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usus ‘bocor’ rupanya ditebuk belut, doktor jumpa sedang berenang dalam rongga perut

Belut yang dikeluarkan dari dalam perut lelaki terbabit.

PASUKAN perubatan sebuah hospital di China terkejut apabila mendapati seekor belut mampu hidup di dalam perut seorang lelaki.

Memetik laporan media tempatan, lelaki tersebut pergi mendapatkan rawatan di Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Hunan kerana mengalami sakit perut kronik.

Susulan itu, doktor melakukan imbasan CT dan mendapati terdapat objek asing seolah-olah menusuk ususnya sehingga hujung rongga perut. 

Situasi dialami itu membuatkan perut lelaki berkenaan menjadi keras dan berkemungkinan diserang peritonitis yang boleh membawa maut.

Doktor kemudiannya melakukan pembedahan kecemasan laparoskopi dan mendapati seekor belut sedang berenang-renang di antara organnya.

Semasa pembedahan, doktor mendapati belut itu telah menembusi dinding usus sepenuhnya dan berada di dalam rongga perut. -Agensi

Artikel Lain