suria

Guna kunci pendua untuk merompak, pengurus bank larikan emas bernilai RM3 juta

Hukuman berat menanti setiap jenayah yang dilakukan. -Gambar hiasan

TIGA penjenayah termasuk seorang pengurus bank telah ditahan berhubung kes rompakan emas dan wang tunai di sebuah bank pada 25 Mei lalu.

Menurut polis, suspek utama dikenali sebagai Vijayakumar Miriyala, 41, merupakan bekas pengurus cawangan berkenaan.

Manakala, dua lagi yang turut ditahan ialah Chandrashekhar Nerella, 38 dan Sunil Narasimhalu Moka, 40.

Kejadian berlaku di Canara Bank di Managuli, Karnataka di India.

Siasatan awal mendapati kumpulan itu merancang rompakan sejak Februari lalu.

Namun, hanya melaksanakannya selepas Miriyala ditukarkan ke cawangan lain pada 9 Mei, bagi mengelak sebarang syak wasangka.

Miriyala dipercayai telah menyerahkan kunci peti simpanan kepada rakan sejenayahnya sebelum kejadian berlaku.

Polis daerah Vijayapura, Lakshman Nimbargi, memaklumkan sebanyak 58.97 kilogram barang kemas bernilai ₹53.26 crore (RM2.9 juta) dan wang tunai ₹5.2 lakh (RM29,120) telah dicuri dari peti simpanan bank.

Lebih mengejutkan, kumpulan itu turut menggunakan kunci pendua untuk memecah masuk dan meletakkan bahan berkaitan ilmu hitam di sekitar lokasi kejadian.

Selain, mereka turut mencabut sistem kamera litar tertutup (CCTV) bank dan meletakkan bahan-bahan palsu dalam premis sebagai taktik mengelirukan pihak berkuasa.

Setakat ini, pihak polis telah merampas dua buah kenderaan yang digunakan dalam rompakan serta menemui 10.5 kilogram emas bernilai sekitar ₹10.75 crore (RM6 juta) yang sedang dipindahkan.

Semua suspek telah dibawa ke mahkamah pada Khamis, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan saki baki hasil rompakan yang belum ditemui.-Agensi

 

Artikel Lain