RAMAI beranggapan bahawa melanjutkan pelajaran atau berhijrah ke luar negara adalah pintu utama menuju kejayaan.
Namun hakikatnya, kehidupan di bumi asing tidak seindah yang dipaparkan di media sosial.
Tular di media sosial, sebuah rakaman video menunjukkan ratusan pelajar antarabangsa yang kebanyakannya dari India, beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan peluang menjalani latihan industri tanpa gaji di Kanada.
Lebih menambah rasa sedih [Tonton Video] apabila mereka dilihat sanggup mengharungi cuaca yang sejuk ketika itu walaupun mengetahui peluang yang ditawarkan terhad.
Ia berikutan kebanyakan pelajar percaya bahawa pengalaman tersebut penting untuk dijadikan batu loncatan ketika mencari kerja selepas tamat pengajian.
Menurut beberapa komen dalam video tersebut, ada yang sanggup beratur sejak awal pagi hanya untuk mengisi borang dan meninggalkan resume.
Perkongsian video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya dari masyarakat di negara asal.
Selain meluahkan rasa terkejut, ada juga yang bersimpati dan berasa bangga dengan ketabahan generasi muda yang sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan. -Agensi


