suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berpakat dengan kekasih, rancang kemalangan demi pastikan suami mati

Polis giat memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam nahas berkenaan.

SEORANG wanita dituduh bersubahat dengan kekasihnya untuk membunuh suami sendiri.

Kedua-dua mereka dipercayai berpakat membawa keluar mangsa kononnya untuk menjalani rawatan perubatan di luar kawasan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Gayaji, India.

Menurut SDPO Daudnagar, Kumar Rishiraj, wanita yang dikenali sebagai Puja menjadikan rawatan perubatan sebagai alasan untuk membawa suaminya ke Gayaji.

Semasa dalam perjalanan pulang, kereta mereka dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai dipandu kekasih wanita terbabit.

Rempuhan tersebut mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Puja kemudiannya mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan dan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

"Dia membunuh suaminya dengan bantuan kekasih. 

"Susulan itu, dia ditangkap dan polis sedang giat memburu kekasihnya bagi membantu siasatan," kata Kumar. -Agensi

Artikel Lain