suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendaki Malaysia terjatuh di Gunung Rinjani, alami luka ringan

Pendaki Malaysia ini hanya mengalami luka ringan dan kembali mengikuti aktiviti pendakian.

SEORANG pendaki Malaysia terjatuh ketika menyusuri laluan ke Gunung Rinjani di Indonesia pada Jumaat.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Menerusi gambar tular, dia kelihatan bersandar pada tebing batu dengan keadaan kepala dililit kain pembalut luka.

Menurut Ketua Taman Negara Gunung Rinjani (TNGR) Yarman, mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari laluan pendakian menghala jambatan ke Danau Segara Anak Rinjani.

Dia kemudian dikejarkan ke Pusat Kesihatan Senaru bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan, mangsa hanya mengalami luka ringan dan telah kembali menyertai kumpulan pendakian untuk menikmati air terjun di Senaru. -Agensi

Artikel Lain