LEBIH 340 pelajar di sebuah sekolah menengah mengalami keracunan makanan dalam kejadian pada Selasa.
Mereka yang terlibat mengalami gejala loya, pening dan muntah.
Kebanyakan mereka dikejarkan ke pusat kesihatan dan hospital untuk menerima rawatan.
Insiden tersebut berlaku sebuah sekolah menengah di Bandung, Indonesia.
Ketua Jabatan Kesihatan Kota Bandung, Anhar Hadian berkata, 342 pelajar di sebuah sekolah di Bandung mengalami keracunan selepas menikmati makanan yang disediakan dalam program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG).
"Mereka mengambilnya (makan) pada Selasa. Gejala mula dirasai pada Selasa malam hingga Rabu pagi," katanya pada Khamis.
Menurut Anhas, pelajar yang terlibat daripada 20 kelas yang direkodkan sehingga Rabu, manakala keadaan pelajar di 10 kelas lain masih dipantau oleh guru masing-masing.
"Mudah-mudahan tiada sesiapa lagi (mengalami keracunan makanan MBG). Setakat ini, tiada laporan daripada pihak hospital," kata Anhar. -Agensi


