SEORANG guru didakwa merogol anak perempuan jirannya berusia 10 tahun.
Perbuatan itu disedari selepas mesej yang mengandungi perbualan lucah ke telefon bimbit mangsa diketahui ahli keluarganya.
Kejadian tersebut berlaku di Nias Utara, Sumatera Utara di Indonesia.
Ketua Perhubungan Awam Polis Nias, Aipda Motivasi Gea berkata, perbuatan pelaku terbongkar pada Rabu selepas mesej dihantar kepada mangsa.
"Pada mulanya, salah seorang ahli keluarga mangsa secara tidak sengaja membaca mesej lucah yang dihantar pelaku ke telefon bimbit mangsa melalui aplikasi WhatsApp.
"Jadi, keluarga mangsa mendapati terdpat perbualan yang tidak senonoh antara suspek dan mangsa," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Selepas disoal, mangsa membuat pengakuan sudah dirogol suspek.
Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada 20 Februari lalu sehingga suspek dikenal pasti selepas beberapa siri siasatan.
"Suspek berdepan pertuduhan mengikut Akta Perlindungan Anak, yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara jika disabitkan kesalahan," ujar Aida. -Agensi


