BERANG penerbangan dilewatkan, seorang individu didakwa cuba menerjah masuk ke dalam kokpit sebelum pesawat berlepas.
Rakaman video yang tular memaparkan seorang wanita warga emas dilihat menyerbu juruterbang yang kebetulan membuka pintu, dikatakan ingin bertanya faktor penerbangan dilewatkan.
Difahamkan, dia yang ditolak pramugara ke atas lantai sempat mengugut untuk menendang kemaluan mereka dalam cubaan meloloskan diri.
Seorang lelaki yang duduk di bahagian kelas pertama mula bangun dan menjerit dalam Bahasa Portugis, menambahkan lagi kekecohan.
Wanita itu lantas mengeluarkan kata-kata makian terhadap lelaki tersebut.
"Kau tak boleh sentuh aku, kau tak tahu dengan siapa engkau bercakap," jeritnya sambil dibawa ke bahagian belakang pesawat.
ARTIKEL BERKIATAN: [V] Penumpang mengamuk, hilang sabar penerbangan ‘delay’ 8 jam! Kesian warga emas tak makan ubat, dah check-in bagasi
Situasi menjadi tegang dan pesawat diarahkan berpatah balik ke balai pelepasan bagi mengeluarkan kedua-dua penumpang, termasuklah seorang pramugara.
Kes diserahkan kepada polis tempatan bagi tindakan selanjutnya.
Syarikat penerbangan American Airlines kemudian mengesahkan insiden berkenaan.
"American Airlines Penerbangan 950, beroperasi dari Sao Paulo ke New York, telah berpatah balik ke balai pelepasan setelah berlepas ekoran masalah keselamatan di atas kapal," ujarnya dalam satu kenyataan rasmi.
Penerbangan dilaporkan mengalami kelewatan kira-kira dua jam 25 minit bagaimanapun selamat berlepas ke New York. -Agensi


