suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar mayat wanita membengkak ditemukan, bekas kekasih cuba sembur wangian tutup bau

Mayat seorang wanita ditemukan di kediaman suspek. Foto Kompas.com

TINDAKAN seorang lelaki menyembur wangian pada mayat seorang wanita yang dibunuhnya bagi mengelakkan perbuatannya itu diketahui bagaimanapun gagal.

Hasil siasatan polis mendapati suspek berusia 30 tahun itu, bertindak membalut kepala mangsa menggunakan pita pelekat dan menutupi badannya dengan kain cadar.

Kejadian berlaku di Jawa Barat, Indonesia.

"(Wangian) untuk menghilangkan bau mayat," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ciamis, AKP Carsono di Mapolres, pada Isnin.

Dilaporkan, mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan beberapa kali menuntut wang yang merupakan hutang daripada suspek.

Berang kerap menuntut hutang berkenaan, suspek menganiaya mangsa sehingga meninggal dunia berikutan terdapat kesan jerut pada leher mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Ciamis, AKBP mendedahkan siasatan mendapati suspek dan mangsa pernah menjalinkan hubungan cinta.

"Motif pembunuhan kerana sakit hati dan masalah percintaan," katanya.

Pada 17 April lalu, penduduk di sebuah kawasan perumahan di Jawa Barat digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang sudah membengkak ekoran bau busuk dari kediaman suspek.

Dipercayai mangsa sudah lima hari dibunuh sebelum mayatnya ditemukan ekoran bau busuk dari kediaman suspek. -Agensi

Artikel Lain