suria

Buat untung, tukang kubur raih RM8,000 jual emas daripada mayat

Tukang kubur memperoleh hasil emas yang dikutip daripada mayat. Foto TikTok

SIAPA sangka, pengusaha perkhidmatan pengurusan mayat dilaporkan meraih meraih hampir RM8,000 hasil jualan kepingan emas milik si mati.

Seorang tukang kubur mendedahkan mereka mengutip emas dengan mendapat kebenaran daripada keluarga si mati.

Pada awalnya, dia dan rakan meragui status emas sehingga membawanya ke sebuah kedai emas terkemuka di Saraburi, Thailand untuk pemeriksaan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, seorang emilik kedai menunjukkan lebih 10 ketulan emas yang dibawa mereka.

Imbasan menerusi peranti mendapati kesemua ketulan emas tersebut disahkan tulen lalu dilebur kembali.

Setelah ditimbang, berat emas mencecah 21.13 gram, dengan nilai sebanyak 59,371 baht (RM7,721).

"Ada antara mayat memiliki gigi emas yang tidak ditanggal sebelum dikebumikan.

"Malah, sebaik proses pembakaran mayat selesai, beberapa ketulan emas yang diasingkan daripada abu dan serpihan tulang yang tidak lagi dituntut waris," dakwa pengusaha terbabit.

Dalam pada itu, mereka bagaimanapun berhasrat memperuntukkan sebahagian hasil jualan emas itu bagi tujuan merit mewakili si mati. -Agensi

Artikel Lain