suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua hari hilang, mayat lelaki ditemukan tertiarap di kebun ubi kayu

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dua hari kehilangannya. -Gambar hiasan

SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah kebun ubi kayu.

Penemuan mayat tersebut susulan dua hari kehilangannya selepas tidak pulang ke rumah.

Kejadian itu berlaku di Kecamatan Dramaga, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Dramaga, AKP Hartanto berkata, mayat pemuda yang berbaju hitam dan berseluar jeans ditemukan dalam keadaan meniarap.

Menurutnya, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk susulan penemuan mayat tersebut.

Hasil siasatan mengenal pasti mangsa merupakan lelaki berusia 31 tahun.

"Mangsa sudah dua hari tidak pulang ke rumah dan memang sedang sakit," katanya.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum diketahui.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain