suria

Kerap dera isteri, warga emas akhirnya maut dipukul 2 anak lelaki

Pelaku jenayah wajar dikenakan hukuman yang setimpal. -Gambar hiasan

PERTELINGKAHAN sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki warga emas dipukul hingga mati oleh anaknya sendiri pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Gopal Krushna Sahu yang berusia 60 tahun.

Susulan kejadian itu, polis menahan anak bongsu mangsa, Dandapani, 24, dan menahan reman anak sulungnya, Ranjan, 26.

Menurut Ketua Polis Ganjam, Suvendu Patra, kedua-dua anak Gopal bekerja di Surat, Gujarat. 

Semasa ketiadaan mereka, Gopal sering mendera dan memukul isterinya hanya kerana hal remeh. 

Baru-baru ini, kedua-dua beradik itu pulang ke Odisha dan tinggal bersama ibu bapa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Penulis novel terkenal mati dibunuh, mayat ditemukan dalam rumah bot

Pada petang kejadian, Gopal sekali lagi menyerang isterinya tanpa sebab. 

Ketika Dandapani dan Ranjan cuba mempertahankan si ibu, mereka turut diserang. 

Dalam keadaan marah, Dandapani bertindak memukul bapanya menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala dan kematian serta-merta.

Polis yang menerima maklumat segera ke lokasi dan menahan dua beradik itu. 

Sebatang besi yang digunakan dalam kejadian turut dirampas, manakala mayat Gopal dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hasil soal siasat mendapati Dandapani mengaku bersalah dan seterusnya ditahan, manakala Ranjan masih dalam tahanan untuk siasatan lanjut. - Agensi.

Artikel Lain