PEMPENGARUH Lizzie Kieffer dihujani ucapan takziah selepas dia berkongsi berita sedih mengenai kematian anak perempuannya yang berusia 12 bulan.
Bintang media sosial yang juga ahli terapi itu mendedahkan, anaknya Lilian ‘Lily’ Louise Kieffer meninggal dunia pada Rabu.
Menerusi hantaran di Instagram, dia dan suaminya, Matt Kieffer, meluahkan rasa sedih atas pemergian anak bongsu mereka.
Dia turut memaklumkan anaknya itu menghidap ‘ketumbuhan besar di otaknya’ yang sebelum ini tidak dapat dikesan.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas lahirkan bayi, perogol masih bebas
"Kami benar-benar hancur. Pada Rabu, kami bangun dan mendapati diri kami dalam mimpi ngeri yang tak pernah terlintas akan menjadi kenyataan. Lily kami telah pergi," tulisnya.
Anak mereka, Lily, meninggal dunia kurang 10 hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama.
Kieffer turut merayu agar para peminat dan pengikutnya menitipkan doa untuk keluarganya dalam saat yang amat sukar ini.
Kieffer yang kini sedang hamil anak ketiga, turut mempunyai seorang anak perempuan lagi bernama Mia.
Dia dan suaminya menetap di Missouri, Amerika Syarikat. - Agensi.


