AKTIVIS muslimah di Amerika Syarikat (AS), Fatima Mousa Mohammed sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan Israel dengan kebakaran di Los Angeles. Fatima yang berasal dari Yaman membuat luahan di platform media sosial X pada Rabu, sehari selepas kebakaran besar melanda 'City of Angels'. "Bom yang dijatuhkan di Gaza mengubah segalanya jadi api, dan kesannya bukan cuma dari segi moral, tapi juga mempengaruhi kehidupan kita. "Kita tak boleh berpura-pura tidak peduli dengan apa yang terjadi di Gaza dan dalam masa sama mengabaikan impak yang berlaku di tempat lain, " kata Fatima yang menggunakan gambar profil muka depan akhbar New York Post tentang dirinya di platform X. Akhbar itu memaparkan kisah dirinya yang lantang mengecam kekerasan Israel di Palestin menerusi pidato semasa majlis graduasi Sekolah Undang-Undang City University of New York (CUNY) pada Mei 2023. Hantaran tersebut mendapat kecaman hebat daripada pemimpin masyarakat dan ahli politik tempatan, termasuk Datuk Bandar New York, Eric Adams. Fatima turut memberi amaran ketika hampir 130,000 penduduk California diarah berpindah berikutan kebakaran yang merebak di barat daya negeri itu. Dalam pada itu Fatima juga mengingatkan bahawa kebakaran di LA itu akan berterusan, sama seperti perang di Gaza yang tak akan berhenti sehingga ia dihentikan. Fatima sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila bersuara lantang dan pidatonya dengan menyatakan pentingnya melawan supremasi kulit putih dan mengakhiri Zionisme. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube