SEORANG lelaki nekad mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri, didakwa kerana tidak mampu menyediakan jumlah hantaran kahwin yang dituntut keluarga bakal pasangannya.
Mayat mangsa yang juga seorang anggota tentera ditemukan tergantung pada sebatang pokok asam jawa.
Kejadian berlaku di Rote Ndao, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada Ahad.
Panglima Pemerintah Daerah Tentera (Danrem), Brigedier Jeneral Joao Xavier Barreto Nunes berkata, siasatan awal pihaknya mengesyaki motif kejadian dicetuskan oleh beban hantaran yang tinggi iaitu Rp 250 juta (sekitar RM68,998).
Menurut Nunes, sebelum mengakhiri nyawanya, mangsa bercerita kepada rakannya tentang masalah yang dihadapi berhubung ketidakmampuannya menyediakan wang hantaran, sehari sebelum kejadian.
Bagaimanapun ujar Nunes, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.
Sebagai peringatan bersama, membunuh diri adalah salah satu perbuatan dosa besar bagi mereka yang beragama Islam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube