suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi di empangan… Lima sekawan lemas ketika rakam ‘content’ media sosial

Usaha pencarian mayat lima mangsa yang lemas berakhir pada lewat petang Sabtu.

KEGEMBIRAAN sekumpulan tujuh pemuda yang mahu merakam video kandungan media sosial bertukar tragedi, apabila lima daripada mereka lemas dalam empangan.

Kejadian berlaku di empangan Kondapochamma Sagar di daerah Siddipet, India, pada Sabtu, lapor Times of India.

Pesuruhjaya Polis Siddipet, B Anuradha berkata, tujuh sekawan itu masuk ke dalam empangan pada waktu tengah hari untuk merakam video sebelum lima daripada mereka terkapai-kapai kerana tidak tahu berenang.

Dua yang lain cuba menyelamatkan rakan mereka namun gagal dan bertindak meminta bantuan pihak berkuasa.

Usaha pencarian lima mangsa dilakukan penyelam profesional yang akhirnya berjaya menemukan kesemua mayat pada pukul 7 malam.

Kesemua mangsa yang terkoran berumur antara 17 dan 20 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain