ANGKA kematian akibat kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat kini mencecah 24 orang. Pada Ahad, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran yang telah memusnahkan beribu-ribu kediaman. Sekurang-kurangnya 16 mangsa dilaporkan hilang, dan pihak berkuasa memaklumkan jumlah itu dijangka meningkat. Diramal keadaan cuaca yang berisiko serta angin kencang pada minggu ini. ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban cecah 16, kebakaran Los Angeles merebak ke kawasan baharu ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran hutan LA: Sekurang-kurangnya 11 maut, 10,000 bangunan musnah Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran bendera merah (berbahaya) terhadap keadaan kebakaran yang teruk sehingga Rabu. Dilaporkan angin bertiup kencang 80 kilometer sejam (km/j) dan manakala angin di kawasan bukit menecah 113 km/j. Menurut pakar meteorologi perkhidmatan cuaca, Rich Thompson, hari paling berbahaya adalah pada Selasa. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube