RUMAH seorang anggota polis dilaporken meletup pada Isnin, mengakibatkan dua maut dalam kejadian itu. Letupan yang sangat kuat itu menyebabkan dua lagi kediaman yang berhampiran dengan lokasi kejadian turut mengalami kerosakan teruk. Insiden berlaku di Sumolawang, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur di Indonesia. Susulan itu, Polis Jawa Timur memaklumkan bahawa Ketua Polis Mojokerto akan memberikan kenyataan rasmi berhubung kejadian letupan di rumah anggota polis berkenaan. "Tunggu kenyataan Ketua Polis Mojokerto," kata Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Timur, Senior Komisioner Dirmanto ketika mengesahkan perkara itu kepada Okezone, pada Isnin. Kes tersebut masih dalam siasatan. Mangsa yang disahkan meninggal dunia dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube