suria

Kebakaran hutan LA: Sekurang-kurangnya 11 maut, 10,000 bangunan musnah

Rumah dan kereta turut terbakar akibat kebakaran hutan di Los Angeles. Foto REUTERS/David Swanson

SEKURANG-kurangnya 11 orang maut dan 180,000 mangsa terpaksa berpindah akibat kebakaran hutan yang merebak di seluruh Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian meningkat.

Dilaporkan terdapat enam kebakaran aktif, termasuk kebakaran yang berlaku Palisades, yang membakar lebih 20,000 ekar.

"Ia dianggap sebagai 'salah satu bencana alam paling 'merosakkan' dalam sejarah Los Angeles'," kata ketua bomba bandar itu.

AP Photo/Jae C. Hong

Keadaan sejumlah kereta yang musnah dalam kebakaran. Foto AP/Jae C. Hong

Pada Khamis, kawasan Calabasas dan Hidden Hills terbakar dengan keluasan 1,000 ekar hanya dalam beberapa jam.

Manakala kawasan Eaton terbakar seluas 13,956 ekar.

Menurut pegawai pihak berkuasa, secara keseluruhan, kebakaran hutan melibatkan kawasan lebih 35,000 ekar dan memusnahkan kira-kira 10,000 bangunan.

Tambah beliau, keadaan kebakaran yang teruk boleh berterusan sehingga hujung minggu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain