suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah Ramadan... Pemuda amuk bunuh ibu bapa, tikam mak ketika memasak

Seorang lelaki ditembak mati dalam kejadian ibu bapanya dibunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki mengamuk menggunakan pisau sehingga mengorbankan ibu bapa kandung.

Kedua-dua mangsa merupakan warga emas masing-masing berusia 68 dan 65 tahun.

Kejadian berlaku di Messawa, Mamasa di Sulawesi Barat, Indonesia pada petang Rabu.

Suspek berusia 37 tahun membunuh ibunya yang ketika itu sedang memasak di rumah.

Sementara itu, bapa suspek yang mahu menyelamatkan isterinya turut ditikam.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Sumarorong, Inspektor Reynhard kepada pemberita, petang Rabu.

Reynhard berkata, suspek melarikan diri ke hutan selepas membunuh ibu bapanya dan perbuatannya hanya disedari dua jam kemudian.

Suspek yang pulang ke rumah ketika polis dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan ke atas mangsa, mengamuk semula dan menyerang orang ramai di sekitar lokasi kejadian menggunakan senjata tajam.

Suspek kemudian ditembak mati selepas tidak berhenti mengamuk dan melawan ketika ditahan polis.

Reynhard berkata, hasil siasatan mendapati suspek disyaki mengalami gangguan mental selepas dirawat di hospital.

"Menurut keluarga, suspek mempunyai sejarah dirawat di hospital. Suspek juga berada di bawah pengawasan di sebuah pusat kesihatan," kata Reynhard. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain