suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Bayi ajaib’ ditanam hidup-hidup oleh ibu kandung, masih bernyawa selepas terperangkap 6 jam

Seorang bayi ditemukan ditanam hidup-hidup.

SEORANG bayi baru lahir yang terperangkap selama enam jam selepas ditanam hidup-hidup oleh ibu kandung, berjaya diselamatkan.

Ibu berusia 23 tahun dari Uganda itu didakwa menanam bayinya di taman sejurus selepas melahirkannya tanpa bantuan perubatan.

Laporan kes dari Januari menunjukkan bayi perempuan yang baru lahir itu ditanam pada waktu malam, dan ditemui keesokan pagi.

Ahli keluarga menemui kesan darah di taman berhampiran rumah, membawa ke lokasi kejadian.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan bayi yang terperangkap dengan keadaannya masih melekat pada plasenta.

Ajaibnya, bayi itu menunjukkan tanda-tanda pergerakan pada anggota badan apabila disentuh, tetapi nafasnya lebih pendek.

Dalam keadaan berlumuran lumpur dan darah, bayi itu ditarik keluar dan berjaya diselamatkan.

Mereka segera membersihkan bayi itu dan memisahkannya dari plasenta serta memotong baki tali pusat.

Pemeriksaan lanjut mendapati bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan pada jantung, perut atau mana-mana organ lain.

Bayi berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas enam hari dirawat dan kembali bernafas seperti biasa tanpa bekalan oksigen.

Dia kini dibesarkan oleh neneknya, selepas ibunya ditahan oleh pihak berkuasa kerana cubaan membunuh bayi.

Ibu mangsa dilaporkan ditempatkan di pusat pemulihan, sebelum dipindahkan ke pusat psikiatri. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain