suria

Kelab malam di Istanbul hangus terbakar, 29 mangsa terbunuh

Kelab malam di Istanbul, Turkiye yang terbakar.

SATU tragedi hitam menimpa Istanbul, Turkiye pada Selasa.

Dalam insiden kebakaran kelab malam itu, sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila kebakaran menjilat premis yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabat gabenor bandar raya itu, anggota bomba dan penyelamat digegaskan ke lokasi kejadian.

Namun setibanya mereka di sana, didapati pintu masuk kelab malam itu sudah hangus dan berasap.

Sebagai makluman, kelab malam itu merupakan premis dua tingkat yang terletak di bawah bangunan kediaman 16 tingkat di daerah Gayrettepe.

Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc berkata lapan individu ditahan berhubung kejadian tersebut, manakala tiga pendakwa raya sedang menyiasat kebakaran itu.

Dalam pada itu, Gabenor Istanbul, Davut Gul memaklumkan mangsa yang maut dipercayai merupakan pekerja yang terlibat dalam proses pengubahsuaian kelab malam tersebut.

Kelab malam itu mempunyai kapasiti 4,000 pengunjung dan ditutup sepanjang bulan Ramadan.

Pemilik kelab malam tersebut dilaporkan berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian sebelum masuknya cuti Hari Raya Aidilfitri. - CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain