suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Lori sejuk beku rempuh 6 murid sekolah hingga maut

Antara mangsa kemalangan melibatkan murid sekolah rendah.

KEJADIAN tragis menghantui sebuah sekolah rendah di Basra, Iraq.

Dalam insiden tersebut, enam murid sekolah rendah maut setelah dirempuh sebuah lori sejuk beku.

Kementerian Dalam Negeri Iraq menerusi satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit yang turut mencederakan 14 murid lain.

Sumber hospital juga memaklumkan sebahagian daripada mangsa sedang dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menurut pihak berkuasa dan saksi kejadian, pemandu lori berkenaan hilang kawalan kerana kegagalan fungsi brek lalu merempuh murid sekolah yang sedang berjalan di sekitar bandar Hartha.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani mengarahkan siasatan berhubung nahas segera dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Reuters

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain