suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkahwinan paderi dengan gadis 12 tahun cetus kemarahan ramai, pihak berkuasa digesa jalankan siasatan

Perkahwinan bawah umur adalah perkara yang dilarang dalam undang-undang di kebanyakan negara. -Gambar hiasan

SEORANG paderi berusia 63 tahun di Ghana mencetuskan kemarahan di media sosial selepas mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun dalam upacara tradisional.

Ia susulan video dan gambar perkahwinan paderi berpengaruh tersebut, Nuumo Borketey Laweh Tsuru XXXIII, tular di media sosial, sekaligus mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak.

Pengkritik menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat paderi Tsuru, yang memegang gelaran 'Gborbu Wulomo', iaitu paderi besar tradisional.

Laporan menyebut bahawa gadis berkenaan akan menjalani upacara adat kedua untuk mempersiapkannya menggalas tanggungjawab sebagai isteri, termasuk melahirkan anak.

Tsuru berkata gadis itu mula menjalani upacara untuk menjadi isterinya enam tahun lalu, tetapi proses tersebut tidak mengganggu pendidikannya.

Walaupun undang-undang Ghana mengiktiraf perkahwinan adat, ia bagaimanapun melarang perkahwinan remaja bawah umur yang berselindung di sebalik 'amalan budaya'.

Umur minimum yang sah untuk berkahwin di Ghana ialah 18 tahun. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain