suria

Tragis, kematian mengejut bekas ratu cantik... Sedihnya baca luahan keluarga

Jade Leigh Hunt memenangi Miss West Lothian pada 2012. Foto Just Giving

BERITA kematian bekas ratu cantik, Jade Leigh Hunt pada hujung minggu lalu, menggemparkan ramai.

Wanita berusia 35 tahun itu meninggal dunia secara mengejut, pada 30 Mac lalu.

Jade yang berasal dari Bathgate, West Lothian di Scotland itu memenangi pertandingan ratu cantik Miss West Lothian pada 2012.

Bagi memperingati pemergiannya, keluarga Jade mewujudkan satu halaman dalam talian, membolehkan kenalan berkongsi memori mengenai Jade.

Platform itu juga membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan bagi membiayai kos pengebumiannya.

"Pada Sabtu 30 Mac 2024, keluarga kami berduka cita dengan berita menyayat hati tentang kematian mengejut Jade.

"Jade mempunyai jiwa yang paling murni, dia sangat menyayangi dan disayangi.

"Ketawanya yang mempesona dan senyuman yang indah begitu menceriakan. Dia seorang gadis yang cantik," tulis keluarganya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kematian Jade.

Jade semasa hayatnya menubuhkan syarikat pemutihan gigi selepas kariernya dalam bidang peragaan.

Dia juga merupakan pekerja sokongan untuk orang dewasa kurang upaya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain