suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara tidak bawa telefon... Wanita hilang 36 jam, jatuh lubang sedalam 10 meter

Kehilangan Maria disedari keluarganya pada 26 Mei lalu.

PADAH tidak membawa telefon bimbit bersama, seorang wanita berusia 22 tahun hilang selama 36 jam selepas terjatuh di dalam lubang sedalam 10 meter.

Maria Cristina Simoes Ferreira e Penha tergelincir dan jatuh di antara cerun curam dan tapak pembinaan beberapa saat dari rumahnya di Cachoeiro de Itapemirim, di tenggara Brazil, pada petang 26 Mei.

Dia akhirnya ditemui selepas jiran mendengar tangisan meminta pertolongan dan mendail untuk perkhidmatan kecemasan pada Ahad (28 Mei).

Anggota bomba memulakan usaha menyelamat selama dua jam dan dia akhirnya dibawa ke atas pengusung sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan kecederaan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain