suria

Suspek 20 tahun ditahan... Tikam kekasih 16 kali, pukul dengan bongkah batu

Orang ramai yang berjalan di laluan tersebut hanya melihat pembunuhan kejam berlaku.

KEJAM. Seorang wanita ditikam sebanyak 16 kali di tubuhnya sebelum dipukul menggunakan bongkah batu oleh teman lelakinya yang berusia 20 tahun.

Lebih malang lagi apabila orang awam yang melalui kawasan tersebut bukan hanya mengabaikan malah tidak membantu mangsa yang diserang tanpa belas kasihan di tepi jalan di New Delhi, India.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami robek kemaluan isteri, koyak 10cm berang ajakan seks ditolak

Kejadian yang menimpa mangsa berusia 16 tahun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Rohini, Utara Delhi.

Suspek meninggalkan kawasan kejadian.

Suspek meninggalkan kawasan kejadian.

Difahamkan, mangsa dan suspek merupakan pasangan kekasih yang berhadapan dengan pertengkaran sebelum kes pembunuhan tersebut berlaku.

Susulan daripada kes pembunuhan kejam tersebut, suspek sempat melarikan diri sebelum ditahan di Uttar Pradesh. - Metro.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain