suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Lelaki bunuh sahabat kerana dendam, kerat 6 bahagian gara-gara tak larat pikul mayat

Suspek (berkerusi roda) kes pembunuhan kejam di Jawa Tengah ketika dalam tahanan polis.

ANGKARA dendam, seorang lelaki tergamak membunuh sahabatnya sendiri malah lebih kejam, dia bertindak mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian.

Suspek yang dikenali sebagai Suyono, 50, dari Laweyan, Jawa Tengah, membunuh mangsa, Rohmadi, 51, dengan cara memukul kepalanya menggunakan paip besi sebanyak tiga kali sehingga mati.

Disebabkan bingung dan terdesak untuk membuang mayat bagi menghapuskan bukti, suspek bertindak mengerat tubuh mangsa kepada enam bahagian sebelum memasukkan ke dalam empat karung plastik.

Suspek kemudian membuang karung plastik berisi mayat mangsa ke beberapa tempat bagi menghapuskan bukti.

"Saya sebenarnya tak terfikir untuk mengerat mayat tetapi disebabkan saiz karung kecil, jadi saya terpaksa kerat.

"Saya tak mampu untuk mengusung mayat itu, karung plastik pula hanya satu meter. Kemudian saya buang di tiga lokasi untuk menghilangkan jejak," kata suspek kepada polis.

Suspek juga mengaku dia berasa gementar dan takut kerana tidak pernah melakukan perkara sedemikian.

Difahamkan, dua hari sebelum pembunuhan, suspek sudah pun menyediakan paip besi sepanjang 70 sentimeter dan karung plastik untuk membungkus mayat mangsa.

Polis mengesahkan suspek melakukan pembunuhan itu seorang diri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Polis turut merampas beberapa barangan bukti seperti motosikal milik mangsa, paip besi, pisau pemotong daging, topi keledar berwarna hitam dan pakaian milik suspek.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman mati. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain