suria

Suami robek kemaluan isteri, koyak 10cm berang ajakan seks ditolak

Perbuatan mencederakan isteri boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah. -Foto hiasan

SEORANG lelaki tergamak mencederakan alat sulit isterinya apabila ajakan melakukan hubungan intim ditolak.

Suspek berusia 36 tahun yang berang kemahuan seksnya ditolak bertindak merobek kemaluan isterinya sehingga koyak 10 sentimeter (cm).

Kejadian tragis itu berlaku di Padang Lawas, Sumatera Utara, Indonesia pada 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Barumun, Miptahuddin mengesahkan, si isteri trauma kerana suaminya kerap menganiayanya semasa melakukan hubungan seks.

"Mangsa menolak (ajakan suami) kerana suspek suka menderanya sewaktu melakukan hubungan intim sehingga menjadi trauma.

"Apabila isterinya menolak pada kali ini, mereka bertengkar sebelum suspek bertindak di luar kawalan apabila mengoyak kemaluan isterinya sepanjang 10cm dengan tangan," katanya kepada detikSumat.

Katanya lagi, mangsa yang mengalami banyak pendarahan dikejarkan ke hospital.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek masih belum dapat dikesan setelah melarikan diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain