suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan seorang, tapi wanita ini ada 7 suami serentak! Dakwa kahwin ramai untuk dapat ‘kekuatan’

Allman (tengah) bersama tujuh orang suaminya.

SEORANG wanita di Afrika menjadi perhatian kerana memiliki lebih daripada seorang suami.

Wanita bernama Allman sehingga kini mempunyai tujuh orang suami pada masa yang sama.

Menurut kepercayaan tradisional, Allman berkahwin dengan ramai lelaki untuk melahirkan ramai anak yang menjadi sumber 'kekuatannya'.

"Saya terpaksa berkahwin untuk kuasa," kata Allman yang merupakan seorang wanita yang disegani penduduk di kampungnya.

Dalam temu bual dengan media tempatan, Allman memberitahu bahawa tujuan berkahwin dengan ramai lelaki bukanlah untuk suka-suka.

"Saya seorang doktor tradisional. Saya menggunakan kuasa orang mati untuk menyembuhkan orang lain.

"Dan untuk dapat melakukan itu, saya terpaksa berkahwin untuk mendapatkan kuasa dan juga untuk mengelakkan hukuman daripada ibu bapa saya," tambahnya.

Allman bagaimanapun mengahwini lelaki yang dipilih oleh orang tua untuknya.

Sebagai nota sampingan, Allman hanya dibenarkan melahirkan seorang anak bagi setiap suami.

Dikhabarkan, Allman sudah mempunyai enam orang anak tetapi dia masih belum melahirkan bayi daripada suami barunya. - Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain